Wednesday, December 30, 2009

APA YANG ADA KAT KELILING RUMAH

Masa baru dapat rumah semangatnya semacam je...semua nak buat.Masa tunggu rumah siap ubahsuai dulu aku dah mula tanam kat keliling umah. Orang kampung macam aku kalau tak pegang cangkul rasa tak ceria hidup ini.Apa lagi ada isteri yang suka pada bunga2.Sambil tanam bunga aku tanam sekali pokok sayuran.Alhamdulillah sayuran yang aku dan isteri tanam ,dah ramai yang rasa. Cik Dollah, Awi,Cik Tamyis dan kerabat dari sg. nibung pun dah merasa.apatah lagi jiran-jiran keliling umah.jom jelajah keliling umah aku...jeng...jeng...jeng.Esok ajelah aku masukkan gambar. mata dah tak tahan tengok laptop ni.

Friday, December 25, 2009
































Masa nak dapatkan rumah tu aku dan rakan-rakan banyak menempuh cabaran.Entah berapa kali jumpa dengan pemaju, entah berapa kali keluar tv3.Akhirnya siap juga tapi cuma 26 daripada 136 yang terbengkalai.Kesian kawan2 yang lain....rumah tak siap tapi bayaran kena bayar terus. aku rasa bersalah juga...tapi apakan daya bukan aku yang buat umah tu.Kesian tetap kesian, tapi aku kena uruskan umah aku yang dah dapat tu.Aku pun buat sikit pengubahsuaian.Masa buat tu hari-hari aku satu keluarga pergi tengok.Jarak dari Bandar Kluang ke umah baru tu macam dekat je... hampir 20 km je.Seronok rasanya nak duduk rumah sendiri.pantang ada masa terluang pasti nak gi tengok rumah walaupun pada masa tu harga minyak RM2.70 seliter.Rumah punya pasal..

Rumah aku pernah terbengkalai selama 8 tahun. Pada10.Okt 2007 aku dapat masuk rumah ni. tp tak sempurna buatannya.Selepas berbincang ngan isteri ,kami ambil keputusan buat sedikit perubahan.Alang-alang nak masuk rumah biar puas hati.Pinjam segala punca kewangan dgn bank. Hampir RM100 000 kami berhutang. Tawakal je..... Masa dalam proses pembinaan kontraktor buat hal. Dari sehari ke sehari bertangguh. Sampaikan pak mentua tak sempat masuk rumah ni ...dia pergi dulu menghadap Illahi. Kami dah mula gelabah semacam....takut terbengkalai lagi.

Sunday, December 6, 2009

Mukadimah...pembuka bicara


Salam 1 Malaysia buat semua. Mungkin ada yang kenal pada kami selamat berhubung kembali.Bagi yang baru kenal ,selamat berkenalan melalui alam maya.